KUANTAN: Yayasan Tuanku Canselor (YTC) Kolej Universiti Yayasan Pahang (UCYP) menyumbang 44 unit komputer riba kepada penuntut UCYP, tahun lalu.
Pengarahnya, Ahmad Fared Mohd Din berkata, mereka yang menerima bantuan berkenaan terdiri daripada penuntut keluarga B40.
“Kita menyerahkan bantuan secara berperingkat terus kepada penuntut yang layak dengan berkunjung ke rumah mereka, sambil dapat bertemu keluarga.
“Majlis penyerahan juga diadakan oleh Pengerusi YTC UCYP, Prof Dato’ Sri Dr Zaleha Kamaruddin di Kampus Utama UCYP di Tanjung Lumpur,” katanya.
Ahmad Fared berkata, pihaknya akan meneruskan program bantuan komputer riba kepada pelajar UCYP tahun ini dalam usaha meringankan beban mereka. – MOHD IMRAN IZZAD.