Zaili sayangkan UMNO, bantu calon raih undi

Zaili sayangkan UMNO, bantu calon raih undi

KUANTAN: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panching, Dato’ Mohd Zaili Besar turun padang membantu calon Barisan Nasional (BN) berkempen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kali ini.

“Rasa sayang dan kesetiaan pada UMNO tidak pernah luntur dalam diri saya walaupun kini tidak lagi bergelar wakil rakyat. Saya bangga dapat turut sama membantu calon BN.

“Menjadi tanggungjawab saya untuk membantu calon DUN Panching, DUN Sungai Lembing dan Parlimen Paya Besar berkempen dalam memastikan BN meraih kemenangan pada PRU15,” katanya ditemui selepas mengikuti program berkempen untuk BN di Pasar Malam Taman Tas, di sini, semalam.

Beliau berkata, DUN Panching milik pembangkang sebelum ini perlu dirampas pada PRU15 kali ini dan melakukannya semua calon BN perlu bekerja keras.

Mohd Zaili berkata, beliau yakin BN boleh mencatat kemenangan di semua kerusi DUN dalam Parlimen Paya Besar seperti dilakukan sebelum ini. – MOHD IMRAN IZZAD