Za`tara akan buktikan, kata Gamel

Za`tara akan buktikan, kata Gamel

PENYERANG import Sri Pahang FC, Mahmoud Za’tara akan membuktikan kebolehannya selaku penjaring pada perlawanan akan datang.

Keyakinan itu disuarakan ketua jurulatih Sri Pahang FC, Christophe Gamel yang percaya pemain dari Jordan itu mampu merobek gawang selepas ini.

“Za`tara akan menjaringkan gol tidak lama lagi selepas dia berdepan dengan komen kurang menyenangkan mengenai prestasi. Saya percaya Za`tara akan bermain lebih baik,” kata jurulatih dari Perancis itu.

Selepas tiga perlawanan, peminat bola sepak terutama penyokong Tok Gajah mahu Za`tara tampil lebih berbisa.

Kegagalan memanfaatkan peluang pada tiga perlawanan lalu meletakkan Sri Pahang berada di kedudukan ke-11 Liga Super.

Berdepan Penang FC di Stadium Darul Makmur Sabtu ini, bukan sahaja Za`tara, malah pemain lain dituntut bangkit untuk mencatat kemenangan pertama dalam saingan liga musim ini.- MUHAMMAD IZZ ZAHIN