Ziarah prihatin UMNO Temerloh

Ziarah prihatin UMNO Temerloh

TEMERLOH: Bukti keprihatinan UMNO Temerloh terhadap nasib Orang Asli di daerah ini dapat dilihat dengan penganjuran program ‘walkabout’ ke tujuh perkampungan masyarakat berkenaan di kawasan Parlimen Temerloh, di sini. 

Program turun padang diketuai Ketua UMNO Temerloh, Dato’ Sri Mohd Sharkar Shamsudin itu membawa bersama bakul makan untuk diagihkan kepada ketua isi rumah (KIR).

Mohd Sharkar berkata, walaupun jauh di luar bandar, kerajaan tidak pernah mengabaikan tanggungjawab membela nasib Orang Asli. 

Katanya, kerajaan negeri menerusi Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Pahang sentiasa bekerjasama menyediakan pelbagai bantuan dan kemudahan seperti kediaman, jalan, pekerjaan, rawatan, latihan dan makanan buat masyarakat itu.

“Justeru, saya berharap masyarakat Orang Asli dapat terus menyokong kerajaan yang memerintah Pahang dalam memastikan nasib mereka terus terbela,” katanya. – MOHD IMRAN IZZAD