ZON 2 muncul juara keseluruhan Majlis Sukan dan Ilmiah Sekolah-Sekolah Agama Pahang (MASISUPA) Kali ke-38 yang berlangsung di Kulliah Al-Lughah Waddin As Sultan Abu Bakar, di Pekan.
Zon 2 itu muncul juara dalam acara sukan membabitkan enam sekolah iaitu Sekolah Menengah Agama (SMA) Al-Ihsan Kuantan; SMA Maran, Maran; SMA Chenor, Maran.
Selain itu Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-Dini Bandar Jengka, Maran; SMA Pulau Tawar, Jerantut dan SMA AL-Irsyad, Kuantan.
Bagi acara ilmiah, juara milik Zon 1 iaitu membabitkan Kulliah Al-Lughah Waddin As Sultan Abu Bakar, Pekan; SMA Al-Attas Ketapang, Pekan; SMA Tengku Ampuan Fatimah, Pekan; SMA Rompin; SMA Bukit Ibam dan SMA Darul Makmur Ganchong.
Perasmian penutup MASISUPA disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Pahang, Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad yang mewakili YAB Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN